Monday, September 17, 2012

Just be Yourself

Allah jadikan kita di muka bumi dengan pelbagai rupa.ada yang cantik dan ada juga yang tak cantik. kadang kala muka cantik, perangai tak cantik dan sebaliknya. Susahkan nak cari orang yang perfect, senang cerita manusia takde yang perfect. betul tak?hehe.. apa aku merepek nieh. act, ak sangat kagum ngn orang yang ada personality yang menarik. cara berpakaian, bercakap. bukan senang taw nak wat ak kagum ngn orang.lagi2 ngn penampilan. Melalui penampilan kita boleh mengenali orang tuh macam mana. So, bagi aku semua orang ada personality sendiri, tidak perlu nak meniru personality orang. Betul tak? kalau kita meniru personality orang lain, maknanye tuh bukan kita, tuh orang lain. Kalau nak tahu, ak sangat pantang orang meniru aku. Itu lah Diha Ismon. Pantang kalau ade meniru cara dia. tak kesah lar cara berpakaian ker, ape ker. tapi tuh cara ak, personality ak. so just be yourself :D. Kadang2 ak pelik kenapa nak tiru personality orang len?adakah cemburu?
tapi macam mana pulak kalau orang biasa meniru personality artis? nak tumpang popular kah? tuh semua kita tak tau kan? Hati masing2 lain. So kita tak tau apa yang dorang n rasa n pikir :) okay sampai disini sahaja entry kali ini. pesanan untuk anda semua jadilah diri anda sendiri, jangan diri orang lain kerana menjadi diri sendiri adalah melambangkan siapa diri kita ;)

Friday, September 14, 2012

Rindu yg tak terkata

Duduk di atas kerusi merah berhadapan tingkap menikmati angin malam yang membuat suasana malama semakin sepi.Aku terus melayan perasaan aku , tetiba ak teringat arwah abah yang dah 4 bulan meninggalkan kami sekeluarga.tidak kira, apa aku sedang lakukan, aku akan sentiasa mengingati arwah abah. Pagi tadi aku ada class law. Macam biasa pergi ke kelas bersama rakan-rakanku yang sentisa disisi. aku meredah bukit BK tuh dengan niat untuk berlajar. Semasa pensyarah ku sedang memberi nasihat, air mata aku bergelinangan, mengingati arwah abah. Aku menahan supaya air mata aku tidak membasahi mimpi, tetapi apa daya ku, aku hanya insan biasa, ak tidak tahan menahan air mata itu. Setiap kali ak membuat sesuatu aku akna menggingati arwah abah. Apa kan daya, aku tidak mampu melupakan arwah. Insyaallah, aku akan sentiasa arwah. Abah, Diha sangat rindu abah. Insyaallah, Diha tak kan lupa abah dalam doa Diha. Aku sentiasa saat-saat aku bersama arwah abah di hospital. Aku melayan dia seperti seorang kanak-kanak. Aku tidak pernah merungut, sedangkan aku berasa seronok melayan abah. Abah, Diha rindu abah sangat-sangat. Rindu abah buat lawak, gelak, ketawa dan paling penting diha rindu sangat saat-saat abah di hospital. Diha tahu diha jaga abah tidak sama seperti abah jaga diha., tapi diha buat sebaik mungkin untuk abah. Air mata sedang membasahi pipi ku, ku tidak tahan kerinduan terhadap arwah. Insyaallah, Diha grade sem depan. Diha akan buktikan diha boleh berjaya. Abah, rindu ku terhadapmu tidak akan terhenti, akan ku sentisa menginggati mu dalam doakan. Al-fatihah untuk arwah abah :)